Thursday 1 December 2011

(T,T-)kesdihan yg melampau..

ketahui lah wahai lelaki diri mu itu terlalu ego nya melebihi gunung kinabalu..


1.      Kalau si gadis telah menunggu anda seharian kerana kesibukan anda bekerja/belajar, jangan tinggalkan dia sendirian sehingga anda tidur. Kenapa? Kerana kebanyakan gadis dia akan terus menunggu anda walaupun ketika itu memang jelas waktu untuk tidur. Si gadis sebenarnya bukan mahu anda untuk mesej 24/7. Saya faham ada di antara anda yang sibuk dan penat. Tapi, apa salahnya jika sebelum tidur luangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit dengan dia? Walaupun anda hanya menghantar mesej menyatakan anda penat dan perlukan rehat, si gadis pasti faham keadaan anda. Dan itu sudah cukup membuatkannya kembali tersenyum. 
2.     
Jika dia ingin menyatakan sesuatu tetapi membatalkannya dengan tiba-tiba atau teragak-agak untuk menyatakan apa yang ingin diluahkan, pujuklah si gadis agar terus bercerita. Di saat itu, mungkin dia takut anda tidak akan bersetuju, atau tidak memberi respon, atau tidak berminat dengan cerita atau celotehnya. Pujuklah dengan kata-kata yang boleh menyenangkan hatinya semula. Katakan bahawa anda akan ada untuknya dan sentiasa akan menjadi pendengar setia anda. Selitkan gurauan, mungkin dapat mencetuskan tawanya.


3. Berilah perhatian tentang apa yang diperkatakan oleh seorang gadis. Sikap acuh tidak acuh anda boleh menghilangkan mood si gadis. Jika si gadis menyuruh anda berehat, atau tidak menunjukkan minat untuk meluangkan masa dengan anda itu bermaksud dia sudah tidak mahu menambahkan luka di hatinya sendiri dengan sikap tidak acuh anda. Ada juga di antara mereka yang mungkin betul sudah hilang sabar dengan reaksi yang diterima apabila sesuatu perkara dibincangkan. 

4. Si gadis seorang yang sensitif. Dia mungkin akan kerapkali menangis tanpa sebab. Kadang-kadang dia terlalu sakit hati kerana tidak mampu meluahkan dengan kata-kata. Jika dia memberitahu anda bahawa dia sedang menangis, cubalah berada di samping dia. Jika dia tidak menceritakan sebab mengapa dia menangis, jangan paksa dia untuk memberitahu anda. Jangan kecewa jika dia tidak memberitahu sebab tersebut. Apa yang diperlukan ketika si gadis menangis hanyalah perhatian seikhlas mungkin daripada anda. Kadang kala, si gadis seperti seorang kanak-kanak.
5. Jika si dia memberitahu anda bahawa hatinya sedang sakit/pedih/sesak, sebenarnya mungkin ia ada kaitan dengan diri anda. mungkin dia ada terasa hati dengan perbuatan anda. Kemudian, keesokan harinya, dia bersikap seperti tidak ada masalah malah lebih ceria daripada biasa. Jangan bangkitkan semula hal yang membuatkan hatinya sakit/pedih/sesak. Teruskan keceriaan itu walaupun anda patut sedar bahawa disebalik keceriaan itu, dia menangis di dalam. Namun, senda gurau dari anda akan membuatkannya lupa akan perkara itu. Ajaib kan? 


saya bukan nak menagih simpati tapi cume nak awak sedar yang kat dunia ni awak tak boleh hidup keseorangan..Allah SWT cipta kan semua nya berpasangan.ego yang awak bawa xkn ke mana pun semua nya akan kembali ke dlm tanah jua..bertolak ansur sgt penting dlm kehidupan kita semua..so hargai lah ape yang ade didepan mu..

No comments:

Post a Comment