Wednesday 21 December 2011

percubaan pertama missy shasha..

         Hari esaok aku menjejak kan kaki aku di bumi kelahiran papa ku,macam tak percaya pulak.Gembira sakan aku bila akhir nya tahun ni aku berjaya pujuk mama untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun aku terperap di negara pak uteh ni.Bosan dah aku,tiap-tiap hari aku kena tengok muka orang yang sama je.


Ok Malaysia here I come..!!jerit ku bergolek-golek atas katil sambil mengipas tiket penerbangan free ku aka disponsor penuh oleh papa busuk ku.
''tuk,tuk,pintu bilik ku diketuk daripada luar''hehe.


Eva,do you know what times now?mama tahu kamu happy nak tinggalkan mama kat sini tapi jangan lah sampai nak jerit-jerit waktu orang lain nak tidur boleh tak sayang?
Alamak terkuat ke aku jerit.?Opss,ampun mama eva tak sengaja lah,happy sangat.By the way mama terima kasih sangat sebab izin kan eva balik Malaysia.Meh sini eva nak kiss sikit.

mmuaah,mmuuaahh,muuaahh..habis pipi mama yang lembut aku kerja kan.
budak ni mama dah mandi tau so jangan nak busuk kan mama ok,awk tu busuk.Dah lah mama nak tidur dulu,and don't make noise ya dear.
Tangan mama ku salam,dan balasannya dahiku dikucup sayang.
Oh,mama kasih mu tiada berbelah bagi,bisik hati ku..


Mama aku ialah anak kacukan di antara wanita berbangsa sweden dengan lelaki yang berbangsa cina dari malaysia(tak hairan lah mama ku memiliki rupa yang sangat menawan walaupun tak muda lagi)..Nany(nenek) dan datuk saling mencintai antara satu sama lain dan memilih menetap di malaysia dan memeluk agama islam untuk memenuhi keperluan jiwa mereka..Setelah datuk aku meninggal dunia nany pula membawa diri pulang ke tanahAir nya semula.
Mama aku Pn Zarith kaylia binti Evan Teo Ariffin juga mengikut rentak ibu nya kerana cinta juga sudah tertumpah di bumi Malaysia.tapi sayang kisah cinta hanya separuh jalan.


Cinta itu datang dan pergi itu lah yang selalu mama ku jawab bila setiap kali aku tanya mama kenapa mama breakup dengan papa.Takut nak tanya banyak-banyak mungkin ada cerita duka disebalik kisah cinta mereka.Aku dah besar panjang pun mama tak nak cerita lagi,pelik betul lah walaupun dari riak wajah mereka,mereka nampak macam masih saling mencintai di antara satu sama lain cuma masing-masing ego kot.
eva cepat lah nanti terlepas fight lah sayang.Tiba-tiba je mama jerit terkejut aku.

Mana tak nya aku suka menjerit,kalau dah mama aku pun suka menjerit hailah..
Apa-apa menceceh sorang-sorang ni,orang suruh dia cepat lah.Mama ade meeting dekat butik nanti lah sayang.''membebel lah pulak mama aku ni".
Ok,ok mama..aku berlari-lari angkat barang yang tertinggal terus ke kereta..
Kesian mama aku dia tengah syok membebel aku boleh terus je lari selamat kan telinga aku daripada jadi mangsa bebelan nya..

Vroomm,vroomm..Laju kereta volvo yang dipandu mama meluncur ke jalanraya..

Dalam kereta sempat lagi aku merewang fikirkan tentang mama dan papa ku.Mama aku bukan lah orang yang kejam sampai tidak benarkan lansung papa berjumpa dengan aku,last berjumpa dengan papa pun dua tahun lepas,papa datang bersama abang aku yang handsome tu.Kalau aku tak ada iman mesti aku yang pergi goda dia dulu,huh simpang malaikat 44 hoi.Mama tak dapat pulang ke Malaysia kerana bebanan kerja bertimpa-timpa yang menghalang kami pulang bersama berjumpa keluarga di Malaysia.

Eva,sayang jaga diri baik-baik tau,jangan nakal-nakal dekat sana dengar cakap papa dengan abang..kirim salam peluk cium rindu dekat abang Evan ya sayang,remember that..
Ai,sempat pulak mama aku nak buat drama dekat Airport ni tadi dia juga cakap nak cepat.
Mama nak sampai kan peluk cium rindu kat abang evan je ke?papa tak dapat ke?
Ish,kamu ni dah-dah cepat dia dah nak tutup gate dah tu.
hehe..saja nak mengelak lah tu..pipi blushing habis.
Ok mama nak salam,tangan nya ku salam dan 123 aku angkat barang dan jerit

Wait,Wait guards let me in first..!!!ku pusing belakang dah melambai ke arah mamaku yang cengeng tersedu-sedu..menangis pun nampak cantik lah mama ni..

can I see your ticket miss?aku disapa pramugari yang berbulu mata palsu..cantik lah juga aku tengok..
Here,can you show me where is my sit miss?
Wah,tepi tingkap sit aku..Aku mula mencari posisi yang best supaya aku selesa sepanjang penerbangan nanti.


Rindu yang aku bawa untuk papa dan abang bertangki-tangki rasa nya,dah tak larat rasa nya ni..Encik pilot cepat sikit bawa plane ni ya.
"Evaliyana afiqah binti muhd Ikhmal baik kau tidur daripada kau duk fikir-fikir bila nak sampai"fuhh,penat otak kau ni tau tak??''hehe,membebel sorang-sorang pulak aku ni...................ZZzzzzz




        Malaysia here i come..!!!jerit hati ku bila tiba ruang pintu KLIA kalau aku jerit macam dekat rumah mesti semua orang yang berjalan akan berhenti tiba-tiba,maklum lah mama selalu cakap malaysia ni kaya dengan adab bersopan santun.Malu lah aku kalau semua orang dah tengok aku je..Kedatangan aku ni aku rahsia kan daripada papa dan abang,sebab nya rancangan untuk aku ke Malaysia telah aku cepat kan tarikh nya..hahaha duit memang papa yang bagi tapi aku yang pergi beli tiket jadi suka hati aku lah nak pergi bila..
Aku terasa asing di bumi kelahiran ku sendiri.Orang lain pandang aku macam lah aku ni alien.Sempat juga lah aku telek muka aku dekat cermin free tepi jalan tu,ok je aku tengok,cun sangat dah ni..Lantak lah kamu semua ya..Aku teruskan berjalan nak cari teksi pergi ke alamat rumah papa yang mama bagi pada ku.


 "wahh,cantik nye malaysia nie,xsangka plak macam nie rupa malaysia ek..??hurmm aku nak ambil semua pic kat sini nanti boleh tunjuk dekat nany..
masa aku kecil dulu mama ajar aku sebut nenek tapi aku tak boleh sebut nenek,dan last-last aku fedup aku panggil nenek aku nany je sampai lah aku dah besar ni..haha,tergelak aku bila teringat balik muka geram mama time tu..


Syok-syok aku tengah amik pic dan undur punya lah undur lagi aku terpijak kasut manusia(hehe,memang lah manusia tak kan kucing plak yang pakai kasut,apa lah blur sangat kau ni Eva),dan aku pasti sangat tuan punya kasut tu akan mengamuk gila..first: kaki dia confem sakit,second: kasut Puma cantik dia aku dah kotor kan..
Dalam hati "mati lah aku"..aku sengih,harap-harap sejuk lah hati pemilik kasut tu..sengihan yang paling cute,cun,yang pernah aku tunjukkan ni tau..hehehe...dia alihkan kaki nya dan aku pun tumbang macam pokok kelapa kena tebang yang tak tentu arah duduk nya..


Aarrrrgggghhhh..mama tolong Eva..!!!aku dah fikir mesti sakit punggung aku nie nanti (sambil tutup mata)........ehh,nape lembut je ni??aku buka mata aku tengok tuan punya badan yang dah aku hempap tu meniru riak muka singa..hahaha kelakar gila..(aku kat atas perut dia lagi nie,lupa plak nak bangun)..rupanya masa aku nak jatuh aku tertarik baju dia sekali..maaf ya reflect semula jadi tadi tu..


Darling..!!!what are you doing with this ugly girl...get up now!!!aku ternganga.."besar nya mulut perempuan badot nie"takut....!!!make up dia buat aku rasa gerun mungkin 5 kali lapis bedak dia pakai kot..


Aku terjaga dari dunia khayalan ku bila badan ku di tolak oleh lelaki muka singa tu..Ouch,sakit lah..!!
Habis kau hempap perut aku tu kau tak fikir sakit ke tak??dah lah kau pijak kaki aku tadi..Apa lah malang nasib aku jumpa mangkuk macam kau hari ni..kata lelaki tu..Dia terus bangun dan berlalu meninggalkan aku pergi daripada tempat excident tu..ehh,perempuan badut nie nak jeling-jeling aku pulak kenapa.??sepuk kang..mungkin dia tak pernah lagi duduk atas perut darling dia kot..haha,padan muka kau badot dan singa peliharan badot..ishh,macam ni ke orang Malaysia..


Barang-barang ku yang bertaburan tadi ku kutip semula..Aikkhh,macam ada yang kurang je ni..think,think eva don't panic,take a deep breath ya..
"Arrrggghhh..alamat papa kat tangan aku tadi,mana ni"..aku terpusing mencari-cari kertas kecil pemberian mama ku..
Ku tarik bagasi ku yang besar tu pergi mendekati kerusi yang berdekatan.Duduk sekejap lah.mengah dah makcik ni......lama ku fikir tak kan call papa pulak karang tak pasal-pasal rancangan aku tergendala,lah aku kan ada mama.telefon bimbit ku dicapai segera.

Hello mama help me please..alamat papa dah hilang lah..mama send mesej alamat papa boleh tak mama?Ok,thank's mama..

mesej nya telah ku terima..love you mama..

Teksi yang ku tahan tadi terus bergerak bawa ku ke alamat papa yang telah aku tunjuk kan pada nya..

eii,papa eva rindu sangat ni..maklum lah kurang kasih sayang daripada bapa memang macam ni agak nya..

cik dah sampai dah ni..Tak sia-sia mama hantar aku pergi kelas tuition bahasa melayu,senang lah aku nak faham apa yang pakcik ni cakap..
Ni ke rumah nya pakcik?
nampak nya macam tu lah pakcik ikut alamat yang kamu beri ni lah..kata pakcik teksi tu
kalau macam tu ok lah pakcik terima kasih ya pakcik..berapa pakcik nak bayar ni?
tiga puluh ringgit je cik..duit tiga puluh ringgit ku beri kepada nya,nasib baik mama dah tolong buat money exchange untuk aku..tak lah terkiat-kiat sangat..

Bangsi ku tarik mendekati pagar besar rumah aka istana tapi kecil sikit tu.Maaf ya encik ni rumah Tuan Ikhmal kan..tanya ku kepada pak guard yang berada di pagar besar tersebut..

Ek,cik salah umah ni..tak ada nama ikhmal rasa saya kat rumah ni..kalau Tuan Eric Guan Sean adalah,Ni rumah madam Guan bukan rumah melayu cik..

Pakcik pasti ke?tanya ku
uncle apa bising-bising dekat luar tu?tanya seorang lelaki,aku tak nampak muka dia pun..
 You..!!!!that ugly duck girl tadi...jerit nya..mana you tahu rumah I hah..??baik you pergi sebelum I call polis..jerit nya lagi,macam anjing kurap aku di buat nya..kurang ajar betul..tunggu lah kau nanti singa perliharaan badot..!!gertak hati ku..

Woi,ko ingat aku....piiiiiiiiiiinnnnn..belum habis aku nak cakap ada pulak makhluk ni main hon-hon..

Eva,why are you here??siapa pulak makhluk hot nie badan seksi gila,sempat juga aku tengok susuk tubuh badan dia..Jap-jap mana dia tahu nama aku..??sunglass nya di angkat..I'm your bother lah sis.."Ya'Allah,abang nasib baik eva jumpa abang kalau tak dah lama eva kena tipu dengan mangkuk tu"..Bibir ku cebik kan ke arah singa perliharaan badot tu..

Abang dia cakap ni bukan rumah papa..ingat dia boleh tipu cepat call polis abang,jahat dia ni..

sabar,sabar eva ni rumah dia lah rumah papa kat sebelah tu je,eva salah rumah ni.Dah jom ikot abang balik..Abang ku mengangkat bangsi ku..aku pulak:
Oi singa jantan ambil kau ni..padan muka kau,hehe..Kasut high heel ku,aku baling ke arah nya..

Woi..!!!kau tunggu surat saman aku nanti..Tunjuk geram pada aku lah tu,sorry ya saya berminat..

Eva,behave your self..!!marah abang..Eric sorry ya adik aku ni ikut perangai lembu agak nya..
Dah jom balik..kata abang.
Bye encik Eric nanti pulang kan kasut saya balik ya..senyum comel plus cun ku tanyang kepada nya.
Eeeii..uncle pergi buang kasut busuk dia ni..terus dia masuk ke dalam rumah nya..padan muka kau sombong tak bertempat,kata orang Malaysia mesra alam huh,dia alien kot..Bisik hati ku..









p/s:penat dah nie..t sy sambung lagi yew dah penat dah nie..
      trima kaseh sudi baca..xtaw nak bagi tajuk ape t larh sy pk kan      
      yew.. <3

Monday 19 December 2011

Farewell group 1/2009

sayonara senior <3
Masa 14 disember 2011 tamat larh prjuangan senior2 aku..go0d luck my dear senior..sedih betul..aku sedih bukan sebab dieowg semua dah tinggal kan kteowg..aku sedih sebab dah tibe giliran aku plak yang kena hadapi benda yang sama nanti..tinggal tunggu masa je nie..16 disember selepas kteowg dah rai kan semua senior dekat hotel orkid melaka,hahaha,.semua pure2 sedih je kot..sesetengah 2 je mngkin mmg 

sedih..hurmm,penat betul ary 2,aku dgn rakan2 bertungku lumus buat decoration kat ballroom hotel 2..penat sangat di tambahkan lagi dengan aty aku yg tgh sakit nie dengan pragai muhammad khairulanuar bin asri..hai aty ko sbar je larh ea..mase 16 hari bulan tu aku tgh posting kat Poliklinik Ayer Keroh ak spatutnya balik pkul 4.30 tpi d'sebabkan decoration ade byk kerja lom siap aku di cepatkan balik kawan aku yang lain tetap balik kol 4.30..masa 2 adelah owg yang mula xpuas aty..ikot kan aty ak malas btol ak nk g wat decoration 2,penat larh..nak jew ak ganti kan tmpt ak dgn ko..senang ckit keje ak..ley ak tdo seenak nye..hurmm..ko kejam benda kecil ko besar kan..
makanan penuh kat meja
dah2 ak bkn nk cter psal ko je..malam farewell 2 semua nmpk mcm eppy..ak yg tgh brduke pon ley jd eppy jgk tgk prsembahan kwn2 aku..pasal makanan jgn ckp ar..sampai perut aku dh sempit pon aku sumbatkan makanan jgk..last2 jd macam ular sawa kekygan dh ak mse 2..(-,-")

nie pinggan aku..penuh kan.. :-)

party nie abes dlm kol 11..lpas abes kemas balik tros tdo..sebab dah x larat sgt dah..mmg amalan yg sehat  aku buat..cubby..

dah larh ak dh mengantok dan xtaw nk update ape lg..
ok bubye,,,trime kaseh sudi bace..

Thursday 15 December 2011


epy bufday shasheila abd aziz..hari nie hari yang mencabar bagi aku..jika terlalu ikot kan kata hati mmg mati..tp akal aku masih waras..
ape dose pada kau pon aku xtaw..aku penat,aku mcm badot kau jd kan..

Friday 9 December 2011

tips nak mantap kan hati,jauh kan sakit aty..

Aku pelik knape org sanggup bunuh diri sebab cinta sebelum nie..mngkin sebab rasa sakit dalam aty yang mereka sume xdapat nak luah kan memberi tekanan pada mental..bende nie sama juga dengan mereka yang cedera kan diri sendiri kerana cinta..nasihat aku pada mereka yang nk cube 2 hnye "cinta dtg dan pergi,nyawe hanya sekali,2 larh anugerah yang xternilai untuk kita sume"banyak lagi cara nak hilang kan rasa sakit dengan kecewa dalam aty 2..
contoh nya :
kalau bf bagi kita bju swearther die utk bwk mse tidur,ambil swearther 2 baling jauh2 (anggap jew mcm kita tgh baling die..haha,time ni larh kite ley perasan kuat..)pas2 pergi kat swearther 2 pijak-pijak sampai kurang rasa sakit aty 2..

kalau bf bagi kita teddy bear..ambil teddy bear 2 peluk die kuat-kuat (bayangkan mcam kita nak patah kan tulang rusuk die..)kalau xpuas aty lagi gigit die sampai tercabut pon xpew..t blew dah ok boleh jahit balek kalau dah xnak boleh masuk kan dalam tong sampah jew..

kalau cara kat atas xberkesan pergi larh jogging..lari sampai puas..beri bebanan pada dri akan membantu kita meluahkan rasa sakit 2..selain 2 membantu membakar lemak..(mne taw lpas clash dengan bf kita bertambah menarik dan slim..tips nk kurus kan bdan ialah *clash*)so jangan larh terlalu mrah sgt..sume yang berlaku ade hikmah..<3

kalau xjalan juga pergi larh jerit tapi jgn larh sampai pecah vocal cord 2 nnt jd bisu pulak..(nie xd'galakkan sebab mcm nak seksa dri sendri plak..

dekat kan diri dengan Pencipta kita semua Allah SWT ,zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad SWA mampu tenang kan kita..sedar kan diri kita yang ini semua ujian dari yang Esa..(advantage die kita dapat tambahkan pahala..syukur..) tips tambahkan pahala *clash*



jgn cube buat sesuatu yang kita fikir mampu menarik perhatian bf (lelaki) sebab kebanyakkan mereka xkn perasan dan akan buat xtaw jew..percaya lah bende nie aku tgk rmai kwn aku yang buat termasuk lah aku..0.000001% pon xjadi..last2 kita yang kecewa dan sakit aty..hehe..

selain 2 pergi lah tgk cter korea yang cdey-cdey ambil kesempatan 2 utk nangis sepuas-puasnye..(kalau orang tnye nape nangis?ckp je cter ni cdey sgt larh,2 yang paip mte bcor..

P/s:jgn seksa dri kita sendri kerana lelaki..kalau die jodoh kita yang d'tentu kan Allah pergi mne pon die tetap jodoh kita juga..<3 No hard feeling..

Thursday 8 December 2011

aku perlu kan kedamaian..

Aku xtaw nape ngn aku..aku xnk jd pnyibuk,aku xnk jd pengongkong idop kau ..aku nk kau rsa bebas tpi bkn lupe kan aku..aku x minta lebih drpd kau,aku cume minta sedikit jew msa kau utk aku,aku xnk memakse kau dan aku pon xnak aty aku tros terluka..aku akan bg kau 1 hari tanpa shasheila..gunakan hari 2 sebaik mungkin,buat larh ape pon yang kau nk buat,kalau kau nak kuar ngn prempuan len pon aku akan wat xtaw jew..aku jnji akan kebal kan aty aku..uijan dunie jew kot..ujian Allah contoh nya mcm kematian lagi besar drpd 2..aku sedar kau bkn milik aku,dan aku pon dah tentu bukan milik kau..arrrrrrggggghhhhh,kpale aku pon pening..aku xtaw nk buat ape..kau mcm xkesah dengan aku,ape yang aku ckp pon ko wat xtaw..kalau aku skit aty aku yang kne pjuk aty aku sendri..
tgk sampai skrg pon kau xmsj aku..ape ptot aku buat??ptot kew aku msj kau mcm biase??sedang kan aku menipu dri aku sendri..kalau aku msj aku takut aku mgnggu kau,kalau kau ckp kau buzy aku tkot kau ckp aku xpham kau,aku cube jd yang terbaik,nk jew ak ckp "kalau honey buzy boley jew honey bg info kat bee" tp aku xnk ckp aku tkot kau myampah ngn pragai aku..knape ek aku jge sgt aty kau,tp aku biar je aty aku plak yang sakit..aku pkir2 balik ape larh yang istimewa sgt kau nie ek smpai aku nk lebih2 kn kau plak sedangkn nk jge dri aku sndri pon xlepas..jawapan nye Entah..yang pasti nye hati aku gembira blew pkir kan kau walaupon aty aku sakit.. aku taw kau xrse ape2 pon skrg nie tnpe aku kau lupe,kau xsedar..terima kaseh,,kau yang ajar aku jd kebal pada mse akan dtg..dan aku xkesah kalau aku di gelar "heartless" ..sebab e2 aku anggap hdiah drpd perhubungan ite..terima kasih aku hargai pemberian kau agar aku lebih berhati-hati mse depan nnt..kedamaian dlm mimpi sje yang aku rsa kan...aman larh kau cyg dgn dunie mu..aku xnk mgngu..wahai gadis2 kat luar sne sape yang mampu bahagia kan "die" aku snggup lepaskn "die" asalkn die gembira..


p/s:orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. 

result final aku dah keluar..

Sumpah aku rasa takut,tertekan sangat skrg nie,xtaw nk mgadu kat sape??
xtaw nak luah kan rasa takut nie  kat sape??
rase sunyi sangat,ape yang aku boleh buat hanye duduk termenung................dan rasa bosan plak datang menyerang..
aku asik duduk pkir psal result aku excellent kew worst  utk sem 3 nie..mse sem lpas sponsor aku Ms.vino 2 sibuk asik ingat kan kat kteorang semua yang start sem 4 die akan mula buang student yang tak mencapai target CGPA die..hurmm..aku harap xade seorang pon drpd group aku yang akan ditedang nnt..Amin..

Tuesday 6 December 2011

panadol

pagi2 ni sebelum aku pegi hospital aku kne epy kan aty aku dlu kalau tak mmg xdew mo0d larh aku nak wat keje nanti..nk share skali kat blog tercinte t bley bce blek..hehehe,jom gelak sama-sama..

PANADOL

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

SEORANG PEMBURU DENGAN SEEKOR SINGA


Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

MAYAT

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

GAJAH MATI

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


:aku dah penat ketawa..hahaha..ok time to go to the hospital..dengan hati yang riang..
saya manusie saya bukan badot xdew perasaan bila orang ketawa kan
xsdey bila owg orang tipu saya..
kalau saya plak yang menipu awk mcam mne epy x idop awk??satisfied??
i am not that kind person larh..that is out of my mind larh dear,love is not enough if we just consider about our heart only..BRAIN is the more important than our heart dear..so,plezz think berfore said someting,hate somebody who lied to me..dont make me sad,it make me feel so pain bee..<3

Bersyukur kepada Mu..

Sebenarnya aku dh tak sabar dh,rasa nak cepat-cepat habis kan study..I am really tired..banyak sangat impian yang aku cuba nak laksanakan kalau dah habis study nanti..melancong kat korea (kalau ada rezeki)pergi umrah 1 keluarga..eeii,seronok glew larh,sumpah mmg xsbar dh nie..bwk mak pegi jalan-jalan epy sama-sama.hurmm rndu nak buat mcm 2 lg..sejak msok nursing nie mse yang aku luangkan dengan family aku rasa skit sangat..sekarang aku dah sem 3 nk msok sem 4 dah,cuty yang paling lama yang penah aku dapat pown 9 hari jew..cuty untuk hujung sem pon macam 2 jgk..sdey je ngn kolej aku nie..hrap2 nnt aku kerja kat malaysia je tak nak kne import pegi singapore..sebagai umat islam aku menolak keras kerja sebagai nurse di singapore sebab nurse kat hospital sne sume nye pkai skrit pas2 x boleh pkai tudung plak 2..hurrmm rosak kalau aku duduk sne..minta dijauhkan..bila pk balik penat betul jadi nurse ni,nk kne melayan kerenah patient,family kat rumah yang selalu terabai itu dari side negative nye larh..kalau aku pk dari side positive "kalau aku xbelajar nursing ni mesti aku geli nak jga orang yang aku syg bila die tua nnti,xdew ilmu lak 2 camne nak jaga dieorang sume"ya Allah terima kasih aku bersyukur engkau tunjuk kan aku jalan yang terang dalam bidang ini ya Allah..Amin..<3<3

Monday 5 December 2011

Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki

1- KEADAAN paru-paru yang telah rosak. 2- PARU-PARU yang sihat.


LEBIH 10 tahun hidup Teo Chee Bin ditemani rokok. Setiap hari lebih 10 batang rokok dihisap dan tabiat merokok itu sukar dibuang biarpun dia sedar akan bahaya merokok terhadap kesihatannya.Namun, segalanya berubah pada tahun 2005 sebaik mendapat tahu dirinya disahkan menghidap kanser paru-paru.
Lebih menakutkan Chee Bin, 42, penyakit yang dihidapinya itu sudah berada pada tahap tiga.
Sejak itu, rokok yang selama ini menjadi 'makanan' hariannya, ditinggalkan terus dengan tekad tidak akan menyentuh ia semula.
''Memang perokok dikatakan sukar membuang tabiat merokok, tetapi apabila mendapat tahu diri diserang penyakit bahaya dan tidak boleh bertahan lama, sesiapa pun pasti mudah membuang tabiat itu," katanya ketika ditemui di Hospital Kanser NCI (NCICH), Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Bercerita lanjut tentang penyakitnya, Chee Bin memberitahu, mulanya dia menyangka diserang gastrik apabila mengalami kesukaran untuk menelan makanan.
Lantaran itu, dia menjalani pemeriksaan kesihatan, tetapi doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya menyebabkan dia dirujuk kepada pakar yang akhirnya mendapati Chee Bin menghidap kanser paru-paru.
''Doktor mencadangkan saya menjalani rawatan kemoterapi, tetapi saya masih tidak berpuas hati, lalu mengambil keputusan untuk bertemu doktor lain di Singapura bagi mendapatkan pandangan kedua.
"Malangnya, jawapan yang sama juga saya perolehi," katanya.
Chee Bin yang berasal dari pekan Serom, Muar, Johor itu, akhirnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Melaka dan tahap kesihatannya bertambah baik.
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak berpanjangan, penyakit yang disangkakan telah semakin pulih itu kembali menyerangnya tahun lalu.
Lebih menyedihkan, Chee Bin diberitahu hanya mampu bertahan selama setahun.
Bagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa apatah lagi setelah mengetahui ada juga mangsa kanser yang berjaya melawan penyakit itu dan hidup lebih lama.
Cuma, apa yang dikesali adalah tindakannya berjinak-jinak dengan rokok sehingga membuat dia ketagih yang akhirnya merosakkan kesihatan diri sendiri.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Onkologi, NCICH, Dr. R. Kananathan, kanser paru-paru ini adalah satu penyakit yang serius dan lebih kerap berlaku ke atas kaum lelaki berbanding wanita.
Malah, katanya, kanser paru-paru juga adalah pembunuh utama kepada kaum lelaki di negara ini berikutan gaya hidup yang dijalani mereka iaitu tabiat merokok.
Jelasnya, pada tahun 2003, terdapat sebanyak 1,758 orang yang didiagnosis menghidap kanser paru-paru di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan jumlah itu, 73.8 peratus pesakit terdiri daripada kaum lelaki manakala 26.2 peratus adalah wanita.
''Tabiat merokok telah dikenal pasti antara punca utama berlakunya kanser paru-paru. Selain itu, ia juga terjadi disebabkan pencemaran alam sekitar dan keadaan tempat kerja yang terdedah kepada bahan-bahan kimia," katanya.
PekaBagaimanapun katanya, masyarakat terutama perokok perlu sentiasa peka terhadap perubahan kesihatan diri memandangkan 80 peratus daripada penghidap kanser paru-paru hanya menyedarinya setelah penyakit itu berada pada tahap tiga atau empat.
Mengulas lanjut, Dr. Kananathan berkata, biarpun sebenarnya terdapat tanda paling awal bagi penyakit ini iaitu batuk berpanjangan, tetapi tidak bermakna bahawa penyakit kanser itu baru bermula.
''Sebabnya, bagi perokok, batuk sudah menjadi perkara biasa membuatkan mereka tidak menyedari kehadiran simptom itu sehinggalah keadaannya bertambah teruk dengan mengalami batuk berdarah," jelasnya.
Beliau memberitahu, simptom lain yang sering terjadi antaranya sukar hendak menelan makanan, suara serak, mengalami penurunan berat badan dan hilang selera makan.
''Justeru, sesiapa pun terutama perokok jika mengalami batuk berpanjangan selama beberapa hari termasuk batuk berdarah atau turun berat badan perlu segera mendapatkan bantuan doktor kerana lebih awal ia dikesan, lebih mudah dirawat," katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya kanser tersebut dikesan pada tahap satu atau dua, ia boleh diubati dengan pembedahan dan rawatan kemoterapi.
Namun, jika sudah berada pada tahap tiga atau empat, rawatan yang diberi adalah untuk membunuh sel-sel kanser dan memastikan ia tidak merebak ke bahagian lain dalam tubuh iaitu dengan melakukan kemoterapi.
Bagaimanapun, jelasnya, hanya 50 peratus yang menjalani rawatan pada tahap ini memberi tindak balas positif dan hidup lebih daripada sembilan bulan. Selebihnya, tidak bertahan disebabkan kanser yang dihidapi bertambah teruk atau merebak ke bahagian lain.
Lantaran itu, katanya, perokok perlu sedar akan bahayanya merokok kerana setiap hisapan yang dilakukan mengundang maut bukan sahaja pada dirinya, tetapi turut mendedahkan risiko yang sama kepada mereka yang tidak merokok di sekelilingnya termasuk kanak-kanak.
Perokok pasif (orang yang menghidu asap perokok) juga merupakan antara mereka yang sangat terdedah kepada risiko pelbagai penyakit walaupun mereka tidak merokok.
Sementara itu katanya, mereka yang menghidap kanser termasuk kanser paru-paru perlu mempunyai pengetahuan berkaitan penyakitnya dan daya ketahanan yang kuat dalam usaha memastikan mereka mampu bertahan lama melawan penyakit tersebut.

Jangkitan kuman di paru-paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing




Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?


Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.




Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:


- Paracetamol
- Rehat yang secukupnya
- Minum air yang banyak
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.




Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
-

 Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).

Sunday 4 December 2011

Nak Cite Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!'' 

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu! 

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap. 

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik. 

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.
Assalamualaikum….
Memandangkan sekarang ini Buffered Earnings sudah susah nak meletak di blog ini, jadi saya perlu untuk mencari alternative lain untuk buat duit secara online ini.Nuffnang bukanlah satu-satunya cara untuk buat duit secara online tetapi untuk blogger Malaysia,Nuffnang lah satu-satunya company yang boleh membayar sedikit wang kepada blogger.Malangnya pendapatannya adalah tidak malar atau tetap.Ia bergantung kepada bilangan Buffered Earnings yang kita dapat dari Nuffnang.Disitulah bermulanya masalah..huhu…
Kita lupakan dulu pasal Nuffnang kerana hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua cara membuat duit dengan HeartBeat.Pernah dengar HeartBeat?Rasanya dah ramai blogger-blogger tahu pasal HeartBeat ni.Bulan lepas ramai yang mempromosikan HeartBeat ni tapi disebabkan ramai yang dah promote so saya diamkan diri dulu.Malas nak perbanyakkan entri yang sama kat internet ni..hehe…


HeartBeat ini menawarkan satu pakej Affiliate dimana kita perlu mempromosilan link affiliate kita kepada orang lain dan kita akan dapat duit sekiranya orang lain register atau beli barang menggunakan link yang kita punya.Haa begitulah sedikit sebanyak konsep Affiliate ini.Faham tak?
Bagaimana Nak Buat Duit Dengan HeartBeat?
Itulah persoalan yang pertama yang akan ditanyakan oleh korang semua kan?Terdapat banyak cara untuk buat duit dengan HeartBeat ini tetapi saya nak kongsikan 2 cara saya iaitu:-
Refer Friends to Register
Cara ini korang dikehendaki untuk mempromosi link affiliate dan mengajak rakan-rakan anda untuk menyertai HeartBeat.Setiap ahli baru yang mendaftar dibawah korang,korang akan mendapat RM 2.Tetapi anda kena pastikan yang rakan anda mendaftar menggunakan link affiliate korang.Contoh link affiliate adalah seperti dibawah:-
So katakan korang berjaya mencari 10 rakan untuk menyertai korang di HeartBeat,ini bermakna anda akan dapat RM 2 x 10  = RM 20.Jika anda berkerja keras dengan mencari lebih ramai rakan untuk menyertaiHeartBeat,korang mungkin boleh dapat lebih banyak daripada itu.Usaha tangga kejayaan.
Banner/Text Link Clicks

Seterusnya ada banner/Text Link Clicks.Cara ini lebih kurang macam pay per click lah.Korang akan dibayar RM 0.04 untuk satu klik.Agak murah rate yang diberikan tapi okeylah daripada tak ada teruskan..hehe..Untuk cara ini ia lebih bergantung kepada nasib dan kedudukan banner tu.Kalau korang pandai pilih tempat yang sesuai,maka banyaklah klik yang korang dapat.Insya-Allah.
Okey,Apa Target Saya Dengan HeartBeat Ini?
Saya bercadang untuk mencari 100 orang referal dibawah saya.So ini bermakna saya akan dapat RM 2 x 100 = RM 200.So cukuplah untuk simpanan bulan Februari ini..hehe…dan Banner Link Click saya harap boleh dapat RM 10 sehingga akhir bulan ini.Agak susah untuk dapat tapi saya akan berusaha untuk mencapainya.Insya-Allah..hehe..
So Macam Mana Nak Sertai HeartBeat Ini?Kena Bayar Ke?
Semuanya adalah percuma,tak perlu nak bayar apa-apa pun.Kita mempromosikan produk mereka so mereka lah yang patutnya bayar untuk kita.Betul tak?.
Okay,mari kita lihat tutorial untuk mendaftar dengan HeartBeat ini.Tutorial ini saya ambil daripada Adik YiedPozi.Saya malas nak buat screenshot sendiri so pinjam jelah dari YiedPozi..hehe..
Langkah 1:
Korang perlu klik link ini : Daftar HeartBeat ! atau klik banner diatas.
Langkah 2:
Setelah korang klik yang diberikan,korang akan ke laman HeartBeat seperti gambar diatas.Selepas itu,korang perlu klik pada “Let Us Start” seperti yang ditunjukkan didalam gambar diatas.
Langkah 3:
Seterusnya,korang perlu create akaun HeartBeat korang sendiri.Lihat gambar diatas dan isi semua maklumat yang diperlukan.
Langkah 4:
Setelah berjaya register itu,korang akan jumpa menu baru iaitu MY HB!Affiliate .Jadi klik pada menu itu.
Langkah 5 :
Korang akan dapat lihat satu lagi menu seperti gambar diatas.Kat situ ada menjelaskan beberapa cara untuk korang dapatkan duit dari HeartBeat.So perkara pertama yang perlu korang buat adalah dapatkan kod banner untuk diletakkan di blog korang.Done!.
Langkah seterusnya adalah anda perlu mempromosikan banner berkenaan untuk dapatkan pendaftar baru untuk HeartBeat seperti mana yang saya katakan dipermulaan entri ini.
Adakah HeartBeat Akan Mempengaruhi Status Glitterati Nuffnang?
Jawapannya tidak kerana konsep HeartBeat dan Nuffnang adalah berbeza so Heartbeat ini bukan pesaing kepada Nuffnang.So selamat lah. =).
So apa lagi,marilah kita sama-sama menjana pendapatan dengan Heartbeat ini.Mari daftar bersama-sama saya hari ini.Sebarang masalah bolehlah ditanyakan di ruang komen.Insya-Allah,saya akan membantu korang semua dengan hari yang terbuka =).