Wednesday 30 November 2011

ni nak kongsi ckit rahsia tarikh kelahiran.nak baca boleh tapi jangan terlalu percaya 100% sebab ni semua hanya ramalan..kebenaran nya hanya Allah SWT je yang tahu..ok selamat membaca..(^,^-)

JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

Atas 

FEBRUARI
  • Berfikiran abstarak
  • Sukakanbenda yang reality dan abstarak
  • Inteligent, bijak dan genius
  • berpersonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi

Atas 

MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • lelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.

Atas 

APRIL
  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik  jika tidak terkawal
  • Berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu

Atas 

MEI
  • Keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya hayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak ppunya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

Atas 

JUN
  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lamabt sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

Atas 

JULAI
  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sanagat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk dirumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihata bahagian perut
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disanyangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

Atas 

OGOS
  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhada orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semanagt juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka meminpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

Atas 

SEPTEMBER
  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik

Atas 

OKTOBER
  • suka sembang
  • suka orang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangata menawan dan sopan santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat

Atas 

NOVEMBER
  • banyak idea dalam sesuatu perkara
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • cara berfikir lain dari orang lain
  • berfikiran kehadapan, unik dan bijak
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • daya firasat sangat halus dan tinggi
  • bagus sebagai doktor
  • cermat dan teliti
  • personality dinamik
  • tidak hargai pujian
  • bercita-cita tinggi
  • terlalu degil dan keras hati
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • pandai mendorong diri sendiri
  • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
  • mudah ambil berat terhadap orang lain
  • tak suka marah kecuali tergugat
  • pandai muhasabah diri
  • romantik
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • suka duduk di rumah
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Atas 

DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
  • sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi
  • benci pada kongkongan

bufday boncit..

     Hari ni bufday muhammad khairulanuar alhamdulillah die tak mengajuk lagi macam tahun lepas..cerita nya macam ni..masa tahun lepas aku exam final 29 november 2010..masa aku banyak aku habis kan dengan study2 sebab aku terlalu takut  kalau pointer aku jatuh..Dan kerana itu aku tak banyak ulang kan masa bersama khairulanuar,nak pegi cari hadiah untuk dia pun tak sempat..exam aku habis 1 disember 2010 baru aku ajak dia keluar pegi sambut bufday dia..Awal2 lagi aku dah cakap dah dengan dia aku minta maaf sebab tak sempat nk pegi  beli kan hadiah dia,muka dia monyok macam belacan bila fikir balik..haahahaha,kesian dia tak dapat hadiah masa 2..masa eluar dengan aku just belanja dia makan Mcd lepas 2 belanja tengok wayang..nak beli kan kek  tak jadi sebab tengok muke dia yang monyok 2 buat aku pun tak ada mo0d nak beli kan kek..lepas hari tu aku ingat kan dia dah ok rupa nya dia ada plan tuk sakit kan hati aku masa bufday aku plak..alasan nya "bee nak honey rasa apa yang bee rasa"ayat dia mengancam betul lah..masa bufday aku 15 disember 2010 2 dia dah masuk kolej so aku pun sabar je lah masa pagi 2,aku tahu dia buzy dengan orientation kolej dia..sampai malam pun dia tak wish lagi..sedih lah juga,last2 aku sendiri yang pegi bagitahu yang hari ni bufday aku dengan tak malu nya..sabar je lah wehhh...masa aku call dia aku dengar kawan dia cakap"weh cian awek ko lah,bufday die pon ko xingt lg brape mnit lg pkul 12 dah abes dah bufday die"ok alasan dia kali ni "bee lupa honey tadi penat dengan orientasi,soweg yew"dia cakap dengan yang bongkak sangat sumpah benci gila dengar suara dia masa 2,menyakitkan hati betul.ok lah free call pon dah habis aku pun letak lah tepon,malas nak ganggu orang tak ikhlas lagi pun dia buzy malas nk gamggu dia..aku pun cuba lah tidur bawa hati yang terluka bila dengar suara dia tadi..tidur shelia,tidur sheila,tidur ko dah penat tunggu die ko dh penat nangis..2 je lah yang mampu aku buat tuk pujuk hati aku..sabar yew  khairulanuar memang macam 2..hurrrmmmm,lepas setengah jam aku tak boleh tidur aku dapat mesej daripada dia..dia cakap dia memang sengaja buat macam sebab dia nk aku rasa apa yang dia rasa..sumpah aku rasa dia seorang yang kejam sangat2 masa 2..sanggup plak die balas dendam kat aku..aku fikir mungkin memang betul salah aku kot redah je dia buat macam 2..dah nasib badan kan..terima je lah dia macam 2..aku malas nak panjang2 kan cter..lepas sebulan baru aku bagi dia hadiah..mula lah die comey(konon2 nye larh comey)..alahai,bila fikir kan balik macam budak kecik lah khairulanuar ni mengajuk2 kelakar pun ada juga..then tahun ni aku harap sangat dia tak buat benda yang  sama..be mature cyg..!!love u much2..

Tuesday 29 November 2011

Allah tidak lihat pada paras rupa tapi Allah lihat pada hati manusia itu sendiri

*boleh jadi apa yang kita inginkan itu dikorbankan oleh orang yang paling kita sayangi,
hargailah ibubapa kita dan sesiapa yang berada di sekeliling kita...
kelak ia akan menjadi kenangan terindah.

cri hadiah tok c boncit ku..(>,<-)








hari nie g hospital masuk paeds ward (ward knak2 yg comey)..xbyk keje yg boley d'bwat hari nie..yg best nye tgk gelagat bdk2 comey yg byk krenah je larh..hurmm,ade yg comey sgt2 rse nk ciom2 jew..lpas blek drpd hospital tros kuar ngn Nur Syuhadah bt Abd Rahim..misi nye nk cri kn hdiah tok c boncit ak..pnat larh jgk tp xtaw blew lg nk kuar cri hdiah die..pening nk cri hdiah ape 2 jgn ckp  ar,asik2 pusing jew kat dlm jusco 2,smpai mlecet kaki ak..maceh Adah sudi teman kan sy kuar td..mgntok larh pulak...k larh..gud nite..<3<3

Monday 28 November 2011

pengorbanan seorang ibu..

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi 
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

penat sgguh!!!(>,<)

Semalam tdo lambat kol 5.50 am bru nk tdo..dok berborak ngn kero2..Oopss lupe nk cter..kero2 nie buah hati pengarang jantung ak..nme penuh die muhammad khairulanuar bin asri..kami couple ade larh dlm 2 tahun..amin..hrap kekal larh sampai meninggal dunie..umo die tue 15 hari jew drpd ak..sifat die agak dgil,lembut,(haha..ampun bee)bajet comey+handsome,yg penting die tegas yg mampu mmbuatkan ak pon takot ngn die,(ade cri2 sowg bapa yg garang..huhu..(^,^-)..)..ok sambung cter ari nie..sbnrnye pg nie akak ak soh ak teman die g jmpe bf wanna be die..blew pkir2 blek ak mst bosan nnt blew dowg date..tok mnarik kan hari ak,ak pown ajak kero2 kuar s'kali..xnk jd pnyibuk d'antre akak ak dgn bf wanna be die 2..stelah sampai di tempat yg ingin d'tujui ak dgn akak pown brpisah lah..die g arah lain ak pon g arah lain..kaki ak sakit"kurang ajau nye kasut,sampai aty ko sakit kan kaki tuan ko"....ak tekad sbelom kero2 sampai ak msih g cri sandle dlu kalo x mst susah nk jln2 nnt..ak pon jln ar sowg..sumpah takot..ak jarang kot g jln sowg2 dh larh rmai owg..hurmmm,biase nye kero2 teman.."xpew larh xkn nk bergntung pd die jew kn.??"dh mcm owg hilang arah jew ak td,ke hulu ke hlir..pening betol..fuhhh penat..nie sume sbb bf wanna be akak ak larh nie rse nk tumbok je die..dushx100..wekk pdn muke..lpas kero dh smpai kami terus g Mc jln2 kat sne beli tudung..hehe,sporting btol buncit ak snggup buang mse tdo die utk ak td..Alamak!!!lupe nk ckp terima kasih kat die td..(maceh buncit),,utk pengetahuan pg td ak tdo 2 jam jew..awal2 pg dh blek umah nk teman akak ak kuar..(dok kat ostel xley blek umah=patuh arahan warden)..mngkin dh 24jam ak x tdo..mgantok xdew plak..hurmm,pelik..td pon asik gduh mlut jew ngn kero2..tp xlme pon..susah aty larh nk gdoh lme2 dgn die..nsib bek mse nk blek 2 xgdoh kalo x brpjangan larh..xlarat wehhhhhhhh..brtambah letih lew.....ok skrg ak nk rehat sok missy shasha mau g hospital inject owg..hohohoho..(*,+)v

Sunday 27 November 2011

Nie larh 1 satunye sis ak..name mkcik nie sofia..mgalami pnyakit kesengalan..tp xpew die ttap akak ak..<3..umo die 20 taon..awet mude jew muke die nie..haha..die study lg kat kolej universiti shahputra pahang amek kos medical assistant..(suke berlagak ckit)hehe,soweg sis..

merokok jahanam kan dri..

Kesan & Akibat Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling

Posted: 6 April 2011 in ArtikelRokok
 
 
 
 
 
 
9 Votes
Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun
terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
org merokok nie hrap2 larh cpat sedar..cian org sekeliling ko..

doa2 harian..

Dulu mse kecik kat skola tadika cikgu selalu suruh hafal doa2 harian..dlu expert hurmm skrg hampehh btol..k sme2 lah ingt kan balik ye..<3



Doa Selepas Makan
اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam
 
Doa Sebelum Tidur
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا
Dengan namaMu Ya Allah yang mematikan  dan menghidupkan
 
Doa Selepas Tidur
اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku sesudah mematikanku dan kepadaMu tempat kembali
 
Doa Sebelum Masuk Tandas
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
Ya Allah lindungi daku daripada syatan jantan dan betina
 
Doa Selepas Keluar Tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan bahayaku dan menyihatkanku
 
Doa Keluar Rumah
بِسْمِ الله تَوَكَّلْتُ عَلَى الله ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِالله
Dengan nama Allah aku bertawakal, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan atas pertolongan Allah
 
Doa Naik Kenderaan
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ
وَاَنَّ إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali

ok,selamat beramal..<3

my lovely mama

ini cerita aku!!

Assalammualaikum,hai nama sy shasheila binti abd aziz..bru jew start ngn blog nie still dlm prosess blajo..hrap dpt bg tunjuk ajar..ok arigato..(^,^-)..<3<3