Monday 7 May 2012

Assalamualaikum,

mungkin ramai yang tidak tahu apa hukum mencukur kening di hari bahagia kita bagi seorang wanita.hukum nya adalah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah SWT untuk tujuan kecantikan..
jika ada lelaki lain selain suami nya yang mengagumi kecantikan  nya hari tersebut dosa nya akan bertambah kerana kecantikan diri sepatutnya di lihat oleh suami sahaja.
 Nabi muhammad SWA sendiri melarang orang yang mencukur bulu kening untuk tujuan kecantikan. Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud, Allah melaknat orang yang mengubah ciptaan Allah.dan sebaik saja akad nikah kita selesai suami kita akan menanggung dosa yang kita lakukan.pada akhir zaman nanti si suami akan disoal mengenai pekara-pekara yang dilakukan isteri nya.

banyak lagi cara lain nak cantik kan diri dalam cara islam:

  • Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  • Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  • Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  • Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  • Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  • Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  • Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  • Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.
insyaAllah,dengan cara ini makin bertambah pahala kita.makin sayang Allah kepada kita.

No comments:

Post a Comment